Sabtu, 9 April 2011

KOPI RESDUNG
KOD TEMPAHAN : KR

Harga : RM 27.00

Servis saiz : 15 Sachets
Ramuan :
1) Herba Pilihan adalah terdiri daripada kombinasi herba-herba belantara yang khusus untuk membantu merawat masalah resdung dan wajah.

2) Madu Lebah Apis Dorsata terdapat lebih 172 vitamin manfaat kesihatan dan kesejahteraan manusia khususnya, madu lebah juga berperanan sebagai antioksida dalam badan yang mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama penyakit kronik. "Gunakanlah dua penawar iaitu Madu dan Al-Quran". Maksud Hadith.

3) Gamat Stichhopus Variegatus mengandungi bahan aktif kompleks gamodulin yang membantu merangsang metabolisma sel kulit dan menambah seri wajah. Mengandungi lebih 50 jenis nutrien antaranya vitamin B1,B2, asid nikotinik, kalsium, protein, kalium, kromium, fostat, ferum, iodin, vanadium, zink, asid benzoic, kondroitin sulfat dan mukopolisakarida juga dapat menguatkan tahap imun badan.

4) Habbatussawda, Nigella Sativa Sabda Rasulullah s.a.w "Tetaplah kamu dengan habbatussawda kerana sesunguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali assaam (mati)" Hadith riwayat Bukhari dan Muslim. Ianya membekalkan 15 asid amino utama, berfungsi merangsang sistem daya tahan penyakit, kaya dengan vitamin seperti beta karoten, B, C dan E.

5) Garam Bukit, Halite yang hanya boleh didapati di daerah pergunungan Himalaya dan beberapa negara sahaja di dunia ini, mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi, mengandungi 84 unsur mineral di dalamnya. Kandungan potasium lebih dari garam biasa yang berfungsi mencuci darah dengan menyingkirkan unsur-unsur berat seperti arsenik, lemak protein dan sulfur, menyahtoksik segala racun dalam tubuh, meningkatkan imunisasi dan meneutralkan cas positif berlebihan dalam tubuh badan.

6) Fiber Serat daripada buah-buahan dan sayur-sauran merupakan diet utama dalam menu pemakanan harian, ianya dikhususkan kepada penjagaan sistem penghadaman iaitu usus besar dan usus kecil fiber yang diserapkan akan mengurangkan kadar kolestrol dalam darah yang mengurangkan risiko sakit jantung.

7) Kopi Mocha Arabica, satu kajian oleh penyelidik M.Richelle dan rakan-rakannya pada tahun 2001. Kajian ini menunjukkan bahawa kopi mempunyai aktiviti antioksidan total yang lebih tinggi, berbanding dengan sumber-sumber antioksidan lain yang baik seperti teh hijau, teh hitam, teh herba dan juga koko. Journal of Nutrition, mengesahkan bahawa kopi memang sumber antioksidan yang signifikan dalam diet kita. Kopi amat kaya dengan asid klorogenik, iaitu sejenis antioksidan yang tetap diperoleh kerana kebanyakan jenis biji kopi mengandungi jumlah antioksidan yang lebih kurang sama. Amatlah ketara bahawa antioksidan membantu memelihara kesihatan kita. Jadi nikmatilah anugerah alam ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan