Rabu, 13 April 2011

BEDAK RESDUNG AJAIB

BEDAK RESDUNG AJAIB ANTIBAKTERIA
KOD TEMPAHAN : BRAA
HARGA : RM 8.00

Khasiat :
- Menyejukkan, melicinkan dan menyerikan wajah sepanjang hari.
- Menghilangkan resdung, jerawat, jeragat, bintik-bintik hitam, bisul, luka-luka kecil di muka dan awet muda jika selalu memakainya InsyaAllah.

Ahad, 10 April 2011

SET TEKO AROMATERAPI + MINYAK WANGI KASTURI PUTIH

SET TEKO AROMATERAPI + MINYAK WANGI KASTURI
KOD TEMPAHAN : STAMWK
Harga RM : 50.00


MINYAK WANGI KASTURI PUTIH
KOD TEMPAHAN : MWKP
Harga : RM 15.00

Kasturi bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai mempunyai kelebihan dalam dunia perubatan tradisional. Ia merupakan entiti paling berharga yang didatangkan dari tubuh kijang jantan.
Kasturi minyak wangi kesukaan Nabi Muhammad S.A.W. Diriwayatkan oleh Muslim sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda maksudnya,
"Kasturi adalah minyak wangi yang paling baik sekali"
Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Aishah R.Anha katanya,
"katanya.."Aku telah menyapu minyak wangi kepada Nabi S.A.W dengan minyak wangi sehingga aku dapati bau dan kesan minyak wangi di kepala dan janggutnya".
Berdasarkan kajian yang dibuat oleh ilmuwan Islam terutamanya Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah R.A. dan ahli-ahli perubatan Islam, maka kasturi di dapati mempunyai banyak khasiat.Paling ketara ia memberi kekuatan kepada rohani. Haruman merupakan santapan rohani,manakala kasturi adalah sewangi-wangi dan sebaik-baik haruman.Mencium kasturi menenangkan roh.Justeru,janganlah kita menzalimi roh dengan membiarkannya menghidu sesuatu yang busuk.

Antara Khasiat Kasturi :
- Dapat mengusir syaitan
- Menenangkan jiwa
- Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
- Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
- Menghilangkan debaran jantung
- Menghilangkan sesak nafas
- Melegakan lelah (asma)
- Menyedarkan orang yang pengsan
- Memperkuatkan organ luaran dan dalaman tubuh
- Menghilangkan rasa gementar
- Menghilangkan sejuk tubuh
- Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
- Menawarkan racun atau bisa-bisa binatang
- Berfungsi memelihara kesihatan secara keseluruhan
- Mencegah wabak penyakit
Dengan izin Allah.

MINYAK CELAK SYIFA

MINYAK CELAK SYIFA
KOD TEMPAHAN : MCS
Harga : RM 10.00


Dihasilkan secara tradisi dengan menggunakan minyak kelapa ditambah dengan doa-doa khas yang terdapat dalam Al-Quran dan telah dipraktikkan oleh masyarakat melayu sejak berabad lalu. Di sebelah utara di panggil atau lebih dikenali dengan nama minyak celak. Di sebelah selatan lebih dikenali sebagai minyak sawan.
KHASIAT
Menghindarkan bayi dan kanak-kanak dari gangguan makhluk halus, menangis malam, dan gangguan semasa tidur.
Bayi , kanak-kanak dan orang dewasa boleh menggunakannya.
CARA GUNA
Seelok-eloknnya, sebelum disapu, bacalah Bismillah, Selawat ke atas Nabi, ayat Kursi dan 3 Qul.
Disapu di bahagian ubun-ubun, belakang 2 telinga, sendi-sendi, celah ibu jari tangan dan kaki selepas mandi atau sebelum memulakan perjalanan.


UNTUK KEGUNAAN LUAR SAHAJA.

Sabtu, 9 April 2011

SABUN BAR MANJA PUTERI PLUS

SABUN BAR MANJA PUTERI PLUS
KOD TEMPAHAN : SBMPP

Harga : RM 12.00


Dihasilkan melalui kaedah pembuatan sabun yang dipanggil sebagai 'homemade soap' yang mana telah diamalkan sejak berkurun dulu sebelum zaman revolusi teknologi, di mana penghasilannya tanpa menggunakan bahan kimia seperti pelarut, pewangi, perasa dan perisa. Sabun Bar Manja Puteri Plus diformulasikan khusus untuk membantu merawat memulihkan dan menjaga vagina khususnya wanita.


Berikut adalah antara kebaikan Sabun Bar Manja Puteri Plus :


- Membantu menguatkan otot vagina
- Membantu menganjalkan kembali dalaman vagina
- Membantu menggebukan kembali vagina
- Membantu menyingkirkan kembali kotoran, keputihan dan bau yang tidak menyenangkan
- Membantu melancarkan pengaliran tenaga ke kawasan genital
- Membantu keghairahan hubungan intim suami isteri
- Membantu merawat luka dalaman vagina
- Amat sesuai untuk ibu lepas bersalin
- Boleh digunakan sebagai bar untuk mandian


Cara penggunaan : Basuh vagina luar dan dalam, biarkan 1 minit dan bilas.


Perhatian : Bauan yang terdapat pada Sabun Bar Manjakani Puteri Plus adalah wangian asli dari minyak tea tree dan madu lebah asli. Selamat mencuba.

MINUMAN HERBA MAS COTEK

MINUMAN HERBA MAS COTEK
KOD TEMPAHAN : MHMC


Harga : RM 3.50


Mas Cotek adalah sejenis tumbuhan herba yang biasanya terdapat di kawasan Pantai Timur semenanjung. Mas Cotek sebenarnya telah lama digunakan oleh nenek moyang kita sebagai makanan tambahan untuk menjaga kesihatan. Minuman Herba Mas Cotek yang dihasilkan sepenuhnya tanpa bahan kimia.


Di antara khasiat Minuman Herba Mas Cotek ini ialah :
- Mengembalikan tenaga
- Mengembalikan keremajaan kulit
- Masalah jerawat
- Membuang toksin dalam badan
- Pemulihan tenaga batin
- Paru-paru berair
- Penyakit kulit
- Melancarkan peredaran darah dan sakit puan
- Cirit birit
- Sakit urat
- Darah tinggi
- Gout
- Diabetis / Kencing manis
- Lemah jantung


Cadangan minum :
- Pesakit kronik - 1 botol 2x sehari
- Buang toksin   - 1 hingga 3 botol sehari
- 5-10 tahun       - 1 botol untuk 2 hari
- Lain-lain          - minum seperti biasa
KOPI RESDUNG
KOD TEMPAHAN : KR

Harga : RM 27.00

Servis saiz : 15 Sachets
Ramuan :
1) Herba Pilihan adalah terdiri daripada kombinasi herba-herba belantara yang khusus untuk membantu merawat masalah resdung dan wajah.

2) Madu Lebah Apis Dorsata terdapat lebih 172 vitamin manfaat kesihatan dan kesejahteraan manusia khususnya, madu lebah juga berperanan sebagai antioksida dalam badan yang mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama penyakit kronik. "Gunakanlah dua penawar iaitu Madu dan Al-Quran". Maksud Hadith.

3) Gamat Stichhopus Variegatus mengandungi bahan aktif kompleks gamodulin yang membantu merangsang metabolisma sel kulit dan menambah seri wajah. Mengandungi lebih 50 jenis nutrien antaranya vitamin B1,B2, asid nikotinik, kalsium, protein, kalium, kromium, fostat, ferum, iodin, vanadium, zink, asid benzoic, kondroitin sulfat dan mukopolisakarida juga dapat menguatkan tahap imun badan.

4) Habbatussawda, Nigella Sativa Sabda Rasulullah s.a.w "Tetaplah kamu dengan habbatussawda kerana sesunguhnya padanya terdapat penawar bagi segala penyakit kecuali assaam (mati)" Hadith riwayat Bukhari dan Muslim. Ianya membekalkan 15 asid amino utama, berfungsi merangsang sistem daya tahan penyakit, kaya dengan vitamin seperti beta karoten, B, C dan E.

5) Garam Bukit, Halite yang hanya boleh didapati di daerah pergunungan Himalaya dan beberapa negara sahaja di dunia ini, mempunyai khasiat dan nilai perubatan yang tinggi, mengandungi 84 unsur mineral di dalamnya. Kandungan potasium lebih dari garam biasa yang berfungsi mencuci darah dengan menyingkirkan unsur-unsur berat seperti arsenik, lemak protein dan sulfur, menyahtoksik segala racun dalam tubuh, meningkatkan imunisasi dan meneutralkan cas positif berlebihan dalam tubuh badan.

6) Fiber Serat daripada buah-buahan dan sayur-sauran merupakan diet utama dalam menu pemakanan harian, ianya dikhususkan kepada penjagaan sistem penghadaman iaitu usus besar dan usus kecil fiber yang diserapkan akan mengurangkan kadar kolestrol dalam darah yang mengurangkan risiko sakit jantung.

7) Kopi Mocha Arabica, satu kajian oleh penyelidik M.Richelle dan rakan-rakannya pada tahun 2001. Kajian ini menunjukkan bahawa kopi mempunyai aktiviti antioksidan total yang lebih tinggi, berbanding dengan sumber-sumber antioksidan lain yang baik seperti teh hijau, teh hitam, teh herba dan juga koko. Journal of Nutrition, mengesahkan bahawa kopi memang sumber antioksidan yang signifikan dalam diet kita. Kopi amat kaya dengan asid klorogenik, iaitu sejenis antioksidan yang tetap diperoleh kerana kebanyakan jenis biji kopi mengandungi jumlah antioksidan yang lebih kurang sama. Amatlah ketara bahawa antioksidan membantu memelihara kesihatan kita. Jadi nikmatilah anugerah alam ini.

Khamis, 7 April 2011

PIL BAWANG PUTIH (GARLIC)

PIL BAWANG PUTIH
KOD TEMPAHAN : PBP

Harga : RM 9.00

Adakaha Anda Sedar???
Anda mungkin tidak mengecapi ke semua kebaikan bawang putih kecuali mengunyah bawang putih yang telah dipotong atau dihancurkan dengan serta-merta.
Kita semua pernah dengar bagaimana bawang putih telah digunakan di seluruh dunia sejak turun-temurun sebagai "ubat ajaib" untuk pelbagai penyakit. Justeru itu, kini kebanyakan daripada kita memasukkan bawang putih ke dalam makanan harian kita dengan menambahkannya ke dalam masakan atau memastikan restoran yang kita knjungi menyajikan bawang putih yang telah dicincang.
Tetapi adakah anda sedar bahawa anda mungkin tidak mendapat kebaikan sebenar bawang putih melalui cara ini?
Ini disebabkan oleh Allicin, iaitu kompenan bawang putih yang bertanggungjawab untuk memberikan kebaikan kesihatan dan bersifat sebagai ubat, mudah termusnah apabila dimasak atau apabila didedahkan di udara untuk masa yang lama.
Allicin tidak hadir dalam ulas bawang putih yang sempurna. Ianya terbentuk apabila bawang putih dipotong atau dihancurkan yang menyebabkan tindak balas berlaku di antara Allinase dan Allin yang tersimpan dalam bahagian bawang putih yang berbeza. Walau bagaimanapun, ia terurai sebaik sahaja ia terbentuk iaitu hanya dalam masa beberapa minit. Oleh itu, bawang putih terpotong yang telah dibiarkan untuk masa yang lama tidak mengandugi sebarang Allicin.
Hanya satu-satunya cara lain untuk mendapatkan kebaikan bawang putih adalah dengan mengunyah bawang putih yang telah dipotong atau dihancurkan dengan serta-merta sebelum Allicin hilang. Untuk itu, anda perlu makan sebanyak 40 bebawang untuk memperolehi kebaikan sebenar bawang putih untuk kesihatan. Ini sudah pasti merengsakan mulut, tekak dan perut anda. Malah bukan itu sahaja, baunya...... Anda akan perasan tidak lama kemudian orang ramai akan mengelak daripada anda.
Allicin tidak dapat diekstrak, dipaketkan atau distabilkan sehingga kemajuan saintifik baru-baru ini. Oleh itu, kebanyakan suplemen bawang putih dalam pasaran tidak mengandungi sebarang Allicin. Mereka hanya berpura-pura tentang "potensi Allicin" yang tidak sama dengan Allicin sebenar. Penyelidikan telah menunjukkan bahawa keadaan gastrik dan usus menyebabkan "potensi Allicin" suplemen bawang putih berkurangan degan mendadak di mana mengakibatkan Allicin yang dilepaskan hanya sebahagian kecil daripada jumlah yang ditulis pada label, biasanya kurang daripada 5%.

A ke Z Berkenaan Bawang Putih.
Ketahui dengan lebih lanjut tentang keajaiban Allicn yang mujarab dalam buku "The Heart of Garlic" oleh peter Josling, seorang penyelidik yang disanjungi. Beliau juga merupakan pengarah kepada The Garlic Centre di Sussex, England.
Kagumi bagaimana Allicin dapat :
- Meningkatkan daya ketahanan badan dan mempercepatkan penyembuhan daripada batuk atau selsema
- Memberikan alternatif yang semulajadi untuk melawan jangkitan yang disebabkan oleh virus, bakteria dan kulat
-Melindungi badan daripada pelbagai jenis penyakit termasuk jangkitan yang disebabkan oleh bakteria kebal antibiotik
- Mengekalkan kesihatan jantung dan peredaran
- Mengurangkan tekanan darah
- Membantu mencegah pelbagai jenis barah dan bermanfaat kepada mereka yang menjalani rawatan barah

Ketahui bagaimana anda boleh menggunakan Allicin untuk merawat pelbagai masalah kesihatan seperti :
Resdung, Angin, Jerawat, Alahan, Lelah, Penyakit kaki makan air, Masalah kulit akibat terlampau lama berbaring, Jangkitan pundi kencing, Bisul, Barah, Jangkitan yis kandida, Kolestrol, Lepuh sejuk, Selsema, Batuk, Cirit birit, Keracunan makanan, Jangkitan kulat pada kuku, Demam, Alergi, Tekanan darah tinggi, Influenza, Parasit, Pneunomia, Peredaran darah yang lemah, Psoriasis, Kurap, Kayap, Sakit tekak, Keputihan akibat jangkitan kandida, Tuberkulosis, Jangkitan sistem respirai atasan, Ketuat dan Luka.

Sabtu, 2 April 2011

SAUNA (MANDI WAP) DENGAN HERBA SAUNA (RESDUNG)

SAUNA

HERBA SAUNA (RESDUNG) 
KOD TEMPAHAN : HSR

Harga Rawatan Sauna : RM 15.00
Harga Herba Sauna (Resdung) : RM 20.00 (Boleh digunakan selama 7 hari)

Dihasilkan menggunakan 100% herba hutan tempatan terpilih, khusus untuk bersauna (mandi wap) bagi penjagaan kesihatan dan kecantikan.

Perbandingan bersauna dengan aktiviti dan aktiviti lain :
-          Berjoging selama 30 minit membakar 300 kalori
-          Berbasikal selama 30 minit membakar 250-500 kalori
-          Berenang selama 30 minit membakar 400 kalori
-          Aerobic selama 30 minit membakar 400 kalori
-          Bersauna selama 15 minit membakar 400-500 kalori
Selain daripada pembakaran kalori, bersauna juga membantu melancarkan perjalanan darah dan proses ini akan membolehkan badan mengagihkan lebih bayak zat / nutrient terutamanya kepada bahagian kulit dan mengantikan sel-sel yang telah mati. Berikut adalah beberapa kebaikan dan manfaat kesihatan hasil daripada aktiviti bersauna :
-          Membantu merawat resdung
-          Kulit akan lebih licin, halus, mulus, anjal, segar dan menaikkan seri wajah
-          Mengurangkan berat badan, menegangkan kulit dan mengurangi kedutan
-          Mengeluarkan toksid badan seperti aluminium, cadmium, lead dan mercury
-          Mengurangkan kesakitan anggota badan, otot-otot, sakit urat, sendi dan sengal-sengal tulang
-          Meningkatkan sistem kardiovaskular
-          Meredakan tekanan, melegakan migrain dan baik untuk pengidap insomnia
-          Mengurangkan risiko darah tinggi, diabetis, penyakit jantung dan gout
-          Meningkatkan sistem imunisasi badan
-          Memperelokkan dan memperkemaskan kembali sistem peranakan dan ianya amat baik untuk ibu lepas bersalin (mengembalikan tenaga)
-          Membetulkan dan memulihkan kembali saraf alat kelamin lelaki dan mendapat tambahan tenaga serta mengurangkan bengkak prostate lelaki
-          Meningkatkan tahap metabolisma
-          Menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, membantu merawat jerawat, radang paru-paru, asma dan anti kelemumur
Arahan :
Sebelum bersauna seeloknya perut janganlah terlalu kenyang, minum segelas air biasa sebelum dan selepas bersauna. Gunakan air yang bertapis untuk memanaskan herba sauna.
Amalan :
Bersauna herba sekurang-kurangnya 1x sebulan sebaik-baiknya satu minggu 3x bergantung kepada tahap kesihatan anda.
**Kepada yang tidak mempunyai set sauna di rumah boleh terus memasak herba sauna dengan periuk sehingga mendidih dan tapis, campurkan hirisan limau purut sebiji dan sedikit sintok, tambahkan air biasa sehingga air menjadi suam dan mandi sebagai bilasan terakhir mandian mulakan mandi di sebelah  kanan anggota badan.
** Sebaik-baik amalan mulakan dengan Bismillah, Berselawat ke atas Nabi, doa dan niat yang baik.

AINUN SYIFA (TITISAN MATA)

AINUN SYIFA'
KOD TEMPAHAN : AS

Harga : RM 12.00


Formula warisan khusus untuk membantu merawat permasalahan mata yang diadun menggunakan 100% air zam zam yang diperkayakan dengan vitamin dan mineral dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dan doa-doa as-syifa' khusu untuk membantu perawatan mata seperti :


1.   Gatal-gatal mata
2.   Selaput mata
3.   Jangkitan bakteria
4.   Pedih dalam mata
5.   Mengatasi keletihan mata kerana membaca, menonton tv, mengadap komputer atau pun mikroskop
6.   Jangkitan penyakit mata
7.   Kecederaan kecil mata
8.   Membuang bendasing dalam mata
9.   Masalah ketumbit
10. Mengantuk ketika memandu
11. Menyegarkan dan meyerikan mata
12. Membantu mengelakkan terkena sihir mata
13. Membantu merawat terkena sihir mata


Cara penggunaan : Selawat, niat, titis 1 atau 2 titisan 5 kali sehari


Perhatian : Jangan langkah atau terdedah kepada cahaya matahari

Jumaat, 1 April 2011

SABUN BAR RESDUNG X-TRA & SABUN BAR RESDUNG


SABUN BAR RESDUNG X-TRA
KOD TEMPAHAN : SBRXT

Harga : RM 18.00

Kelebihan :
Dapat membantu merawat masalah yang kronik seperti resdung, jerawat, jeragat, bintik hitam / putih, masalah kulit muka dan badan serta menambahkan seri wajah.

Cara penggunaan : 2 kali sehari pagi dan malam, basuh muka dengan Sabun Bar Resdung X-Tra biarkan sekurang-kurangnya 1 minit dan bilas.




SABUN BAR RESDUNG
KOD TEMPAHAN : SBR

Harga : RM 12.00

Kelebihan :
Dapat membantu merawat masalah resdung, jerawat, jeragat, bintik hitam / putih, masalah kulit muka dan badan serta menambahkan seri wajah.

Cara penggunaan : 2 kali sehari pagi dan malam, basuh muka dengan Sabun Bar Resdung biarkan sekurang-kurangnya 1 minit dan bilas.

Sabun Bar Resdung X-Tra dan Sabun Bar Resdung dihasilkan secara tradisi menggunakan kaedah pembuatan sabun yang disebut sebagai "homemade soap" ianya telah dipraktikkan oleh masyarakat asia barat dan eropah sejak berabad lalu dan masih diguna pakai hingga ke hari ini.
Diformulasikan khusus untuk masalah kulit yang kronik ditambah nilai dengan herba khusus untuk kulit terutamanya pada kulit wajah, dihasilkan 100% tanpa bahan kimia seperti pewarna, perisa, pewangi tiruan ataupun peluntur. Daripada ujian dan kajian mendapati kombinasi madu lebah, pati minyak tea tree dan herba mengandungi elemen yang amat baik bagi penjagaan kulit yang bermasalah terutamanya kulit wajah dan ianya amat sesuai bagi semua jenis kulit.
Di antara kelebihan dan kebaikan lain apabila menggunakan Sabun Bar Resdung X-Tra & Sabun Bar Resdung :
- Mengimbangi kadar minyak di wajah
- Membantu merawat penyakit resdung yang kronik
- Membersihkan kulit wajah dari bakteria
- Mengeluarkan toksin dari kulit wajah
- Mengatasi masalah jerawat, bisul, ruam dan seumpamanya
- Membantu mengatasi masalah jeragat dan tompok hitam
- Mengurangkan keradangan dan kesan kulit terbakar
- Menegangkan kulit wajah dan membantu masalah kulit berkedut
- Memberi vitamin pada kulit wajah / badan
- Membantu menghalus dan melicinkan kulit wajah / badan
- Menambahkan tenaga pada kulit wajah / badan